EduQuest Pilih darjah Harga
Panduan Ibu Bapa

Cara bantu anak belajar di rumah — tanpa perlu jadi guru

Panduan ini untuk ibu bapa yang mahu membantu anak sekolah rendah, bukan menambah tekanan. Setiap artikel menerangkan satu masalah biasa, dengan contoh yang boleh dicuba hari ini.

Kami tidak menulis "10 aplikasi terbaik" atau janji markah naik dalam seminggu. Kami tulis cara menilai sendiri, cara menerangkan satu topik, dan cara kekal konsisten walaupun jadual keluarga padat.

Artikel

Belum ada artikel untuk topik anda? Beritahu kami soalan yang selalu menyusahkan di rumah — soalan yang berulang akan jadi artikel seterusnya. WhatsApp 60173278032.

Mula dengan tahun anak

Kalau anda lebih suka terus mencuba aktiviti, buka halaman tahun anak anda — setiap subjek ada topik, contoh soalan dan penjelasan jawapan.

Soalan lazim

Siapa yang menulis panduan ini?

Pasukan EduQuest. Kami menulis berdasarkan cara produk kami dibina dan soalan yang ibu bapa hantar kepada kami. Artikel yang memerlukan pengesahan kurikulum akan disemak oleh guru atau pemeriksa subjek sebelum diterbitkan, dan nama pemeriksa akan dinyatakan pada artikel itu.

Adakah panduan ini percuma?

Ya. Semua artikel boleh dibaca tanpa bayaran dan tanpa perlu mendaftar. Untuk mencuba aktiviti dalam EduQuest, minta trial penuh 6 minit di WhatsApp — semua game, nota dan mod Exam dibuka, tiada had soalan. Link sah 30 minit; satu trial untuk setiap nombor WhatsApp.

Boleh saya cadangkan pembetulan?

Boleh, dan kami akan betulkan. Hantar mesej ke WhatsApp sokongan dengan pautan artikel dan bahagian yang silap. Pembetulan bahan akan dicatat pada tarikh kemas kini artikel.

Dasar editorial

Artikel dalam Panduan Ibu Bapa ditulis oleh Pasukan EduQuest menggunakan buku teks, DSKP dan soalan ibu bapa sebagai rujukan. Kami tidak mendakwa artikel disemak oleh guru melainkan nama penyemak dinyatakan pada artikel itu. Jika anda jumpa kesilapan, hantar pembetulan melalui WhatsApp sokongan; pembetulan bahan akan dicatat pada tarikh kemas kini.